fbpx

Polis siasat bekas ahli politik bergelar Datuk dera amah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Polis Selangor mengesahkan pihaknya menerima laporan pembantu rumah dicederakan majikan yang merupakan bekas ahli politik bergelar Datuk.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima laporan tersebut daripada seorang wanita berusia 54 tahun, 22 Ogos lalu.

Katanya, laporan yang dibuat pada pukul pukul 4.16 petang itu memaklum mangsa dicederakan di kediaman majikannya, di sini.

“Bersabit dengan laporan yang dibuat, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kertas siasatan tersebut telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) namun terdapat beberapa tambahan maklumat diperlukan.

“Terdapat beberapa arahan yang perlu diambil tindakan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk mendapatkan pertuduhan keatas suspek,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal akhbar melaporkan, seorang ahli politik mendera seorang pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia.

Dilaporkan, mangsa yang kini dilindungi konsulat Indonesia mendakwa antara penderaan yang dialami ialah dia disuruh menanggalkan pakaian sebelum dicurah dengan air panas sebagai hukuman kerana membiarkan pintu pagar terbuka.

Menurut pembantu rumah itu, ahli politik bergelar Datuk itu mengugut akan memukulnya jika dia tidak menanggalkan pakaiannya, dan apabila dia melakukannya, dia disimbah dengan air panas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI