fbpx

Peniaga Ipoh Night Market terima RM1,000 dari kerajaan negeri Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua, kiri) meninjau Ipoh Night Market yang dilanda ribut baru-baru ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri Perak memberi sumbangan wang ihsan bernilai RM1,000 kepada 36 peniaga yang terjejas akibat ribut di Ipoh Night Market baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan tersebut dihulurkan kerajaan negeri bagi membolehkan para peniaga berkenaan untuk memulakan kembali perniagaan masing-masing.

“Pada hari berkenaan juga mereka telah membuat persiapan untuk menjual barangan dengan bilangan yang lebih besar kerana menjangkakan Malam Ambang Merdeka tetapi sebaliknya berlaku iaitu mengalami kerugian.

“Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk bangkit semula dengan perniagaan masing-masing,” katanya selepas melawat lokasi ribut di Ipoh Night Market di sini semalam.

Menurutnya, peniaga-peniaga yang terjejas boleh memohon bantuan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) atau Skim Pinjaman Mikrokredit Yayasan Perak.

“Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan membantu peniaga terjejas yang memerlukan bantuan. Kita akan cuba memberi cadangan dan sokongan kuat jika mereka perlu membuat pinjaman tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI