fbpx

Mat Sabu akui masih geli pakai logo dacing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD berucap sempena Jelajah Pulai Madani di Taman Uda Utama, Johor Bahru, semalam. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mengakui beliau masih berasa geli untuk memakai baju yang mempunyai logo Barisan Nasional (BN).

Namun begitu katanya, beliau sanggup mengenepikan perasaan itu demi perpaduan dan kestabilan dalam negara.

“Saya sebenarnya masih geli lagi kalau pakai baju logo dacing (logo Barisan Nasional), ya lah, lebih 40 tahun kita melawan parti itu tetapi kini sudah berkawan.

“Saya ini apabila sudah berkawan, kita akan berkawan sungguh-sungguh, susah senang kita akan hadapi dan bincang bersama,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Mega Perpaduan Madani di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, di sini malam semalam.

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; calon PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat serta barisan kepimpinan PH yang lain.

Dalam pada itu, Mohamad turut menempelak tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa haram buat pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai mengundi Suhaizan.

“Saya hormat dengan Muhyiddin, tetapi apabila dia cakap haram undi Suhaizan, itu akibatnya apabila berkawan dengan Pas. Kita tidak sepatutnya tentukan orang itu Islam atau tidak, masuk syurga atau neraka, itu Allah yang tentukan.

“Saya nak ingatkan kepada orang Islam, fatwa dikeluarkan PN termasuklah oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang boleh tolak ke tepi. Itu kerana fatwa dia berubah-ubah setiap kali tiba waktu pilihan raya,” uajrnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI