fbpx

‘Jurujual minta kami bayar separuh, bukan kami yang tak nak bayar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan restoran tersebut tampil menafikan dakwaan enggan membayar jumlah penuh makanan laut yang dipesan.

PETALING JAYA – Pelanggan restoran yang didakwa enggan membayar jumlah penuh harga makanan laut yang dipesan baru-baru ini tampil menafikan kenyataan pemilik premis terbabit.

Menerusi hantaran di Facebook, Sufi Wong Aiman berkata, jurujual restoran terbabit memintanya untuk membayar separuh daripada jumlah harga makanan kerana wujud salah faham daripada pihak premis.

“Salah faham berlaku kerana pelayan yang mengambil pesanan memesan saiz lobster yang lebih besar tanpa memaklumkan harga dan saiz tertentu.

“Sebelum itu, dia hanya beritahu akan memilih saiz kecil cukup untuk makan bertiga (tiga orang).

“Kemudian datang jurujual menawarkan untuk menyelesaikan masalah dengan pihak restoran membayar separuh dan kami pula menjelaskan separuh lagi. Kami membayar sebanyak RM500, manakala restoran membayar RM500 dan kami bersetuju.” jelasnya.

Tambahnya, jurujual tersebut juga bertindak memulangkan RM100 kepadanya sebagai tanda memohon maaf daripada pihak restoran.

“Dia juga beritahu kami yang kejadian ini memang kerap berlaku. Ramai pelanggan yang kena kerana tidak diberi penerangan secara jelas tentang harga oleh pelayan sama,”

Ujar Sufi, salah faham daripada pihak restoran mengenai isu tersebut sepatutnya boleh diselesaikan secara baik.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan seorang pemilik restoran makanan laut di Sabah berang apabila pelanggannya tidak mahu membayar makanan yang dipesan yang berjumlah  RM1,102.20 dengan alasan terlalu mahal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI