fbpx

George Town dilanda banjir kilat, ribut di Seberang Perai Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di pusat bandar termasuk di kawasan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dilanda banjir kilat susulan hujan lebat tanpa henti sejak pagi tadi.

Hujan lebat kira-kira sejam bermula pukul 11 pagi itu turut mengakibatkan aliran trafik menghala ke pusat bandar sesak.

Antara kawasan yang dinaiki air hingga ke paras buku lali adalah di Jalan Datuk Keramat; Jalan Magazine; Jalan Transfer; Jalan Rangon; Jalan Anson, kawasan Tanjong Tokong dan lain-lain kawasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut melaporkan berlaku kejadian pokok tumbang di Jalan Gurdwara dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan laluan berkenaan.

Bagaimanapun, banjir kilat itu dilaporkan surut sepenuhnya kira-kira pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian ribut yang dilaporkan di beberapa kawasan di Seberang Perai Utara (SPU).

Katanya, kejadian itu menyebabkan puluhan pokok tumbang dan beberapa bumbung rumah penduduk tercabut di kawasan SPU.

”Namun tiada mangsa dilaporkan, hujan lebat juga menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan rendah, tiada mangsa dipindahkan.

”Pihak bomba sedang memantau situasi dari semasa ke semasa dan kebanyakkan pokok tumbang telah dialihkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Bumbung rumah penduduk yang rosak akibat dilanda ribut akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI