fbpx

Gajah ‘merajuk’ dijual rodok tuan guna gading, jaga mayat mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pha Tulu enggan dibawa pergi ke Surin yang menyebabkan dia menyerang tuannya. – KhaoSod

BANGKOK, Thailand  –  Seekor gajah di wilayah Tak, utara Thailand menikam tuannya menggunakan gading hingga mati selepas ia dijual kepada pemilik baharu, lapor akhbar KhaoSod.

Dalam kejadian di daerah Tha Song Yang, seorang lelaki berusia 57 tahun bernama Pha Phi Du Lerttikhamphon mati akibat kecederaan parah yang dialami selepas diserang gajah jantan bernama Pha Tulu.

Menurut laporan, gajah itu enggan mematuhi arahan Pha Phi Du  bagi menghantar haiwan itu kepada  pemilik baharunya di wilayah Surin.

Ia sebelum itu dijual pada harga 2,760,000 baht (RM365,600).

Pha Tulu dikatakan mengamuk lalu merodok Pha Phi Du menggunakan gadingnya serta memijak mangsa sehingga mati.

Gajah berkenaan kemudian menjaga mayat tuannya sehingga polis tiba.

Polis terpaksa meminta bantuan Yayasan Pemuliharaan Gajah Chiang Mai dan Unit Penyelamat Yayasan Petchkasem Tha Song Yang bagi mengawal Pha Tulu sebelum membawa keluar mayat Pha Phi Du.

Haiwan itu kemudian ditembak menggunakan ubat pelali dan dibawa ke Surin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI