fbpx

Bekas ADUN Larkin sertai Amanah, serah borang kepada Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. IZHAR (tengah) menyerahkan borang keahlian kepada Mohamad Sabu pada program Ceramah Mega Perpaduan Madani di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad yang dahulunya ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Perkara tersebut didedahkan secara rasmi apabila beliau menyerahkan borang keahlian parti kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu pada program Ceramah Mega Perpaduan Madani di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, di sini malam semalam.

Pada 29 Januari tahun lalu, Mohd. Izhar yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia bagi tempoh 2018 hingga 2022 mengumumkan keluar daripada Bersatu.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan tersebut dibuat kerana parti berkenaan dilihat tidak lagi berpegang kepada agenda penubuhan selain sudah hilang hala tuju.

“Pada hemat saya, Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) bukan sahaja gagal membawa parti ke tahap lebih baik, malah tidak berusaha memulihkannya selepas berpisah dengan kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad,” jelasnya.

Semalam, bekas ADUN Bukit Pasir daripada Pas, Najib Lep turut mengumumkan penyertaan beliau ke dalam parti Amanah.

Pengumuman itu dibuat dalam satu ceramah kelompok di Sungai Abong, Muar dimana Najib menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Najib merupakan satu-satunya wakil Pas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebelum ia dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI