fbpx

Aktivis politik tunai janji badannya dilempar najis manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duangrit dilempar najis dalam satu acara yang diadakan di Bangkok kelmarin. – AFP

BANGKOK, Thailand –  Seorang aktivis politik Thailand dan penyokong tegar parti kerajaan, Pheu Thai mengadakan satu acara kelmarin di mana orang ramai melontar najis manusia pada  badannya, lapor portal berita The Pattaya News.

Duangrit Bunnag, 57, mengadakan acara itu di Galeri Seni, Bangkok bagi mengotakan janji politiknya bahawa Pheu Thai tidak akan sesekali bergabung dengan parti yang disokong oleh tentera.

Beliau sebelum ini berjanji akan membenarkan orang ramai membuang najis pada badannya  jika parti yang disokong, Pheu Thai menyertai gabungan yang disokong tentera iaitu parti Ruam Thai Sang Chart dan Palang Pacharath.

Acara itu berlangsung selama  20 minit dan 12 orang muncul untuk membuang najis ke atas Duangrit. 

Duangrit mandi di galeri sama serta meninggalkan tempat itu tanpa bercakap kepada wartawan.

Duangrit berkata, beliau menganjurkan acara itu untuk menjaga kata-katanya dan bukan kerana dendam atau rungutan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI