fbpx

Abdul Hadi selesai beri keterangan selama satu jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Syahir ketika berucap dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang disiasat polis susulan ucapan yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, minggu lalu selesai memberikan keterangan sebentar tadi.

Pertemuan antara beliau dan pegawai polis berlangsung selama satu jam di Pejabat Agung Pas, di sini, bermula pukul 11.30 pagi tadi.

Setiausaha Politiknya, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata, proses mengambil keterangan berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik diberikan oleh Abdul Hadi dan pihak polis.

“Keterangan diambil pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman. Semua jawapan diperlukan pihak polis telah dijawab.

“Pihak kami sedia memberikan komitmen sekiranya pihak polis memerlukan kita untuk memberikan keterangan sekali lagi atau masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri pada dua hari lalu dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.

Bagaimanapun, Presiden Pas itu bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Johor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI