fbpx

Wanita kena rasuk ketika daki Bukit Jugra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang diselamatkan bomba di Bukit Jugra, Banting, Selangor, hari ini.

KUALA LANGAT – Pendakian enam sekeluarga di Bukit Jugra Trail, Banting di sini bertukar detik cemas apabila salah seorang daripada mereka dipercayai diganggu makhluk halus, hari ini.

Mangsa merupakan wanita berusia dalam lingkungan 20-an dikatakan meracau sebelum ahli keluarganya menghubungi bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12.24 tengah hari tadi.

Enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting terlibat dalam operasi penyelamatan.

“Siasatan mendapati wanita itu mendaki bukit tersebut bersama lima ahli keluarganya. Selepas mendaki sejauh tiga kilometer (km), mangsa dipercayai meracau dipercayai dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, pihaknya membawa turun mangsa dengan menggunakan alat pengusung. Wanita itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Operasi memakan masa selama sejam dan mangsa diserahkan kepada keluarga bagi tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI