fbpx

Wanita gigit kabel, curi iPhone pameran kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya. - SCMP/ Douyin

BEIJING – Seorang wanita ditangkap kerana mengigit kabel antikecurian bagi melarikan sebuah telefon pintar berharga 7,000 yuan (RM4,480) di sebuah kedai telefon di China. 

Akhbar South China Morning Post melaporkan, wanita bernama Qiu, dari wilayah Fujian itu ditahan polis 30 minit selepas meninggalkan premis tersebut.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan Qiu berhenti di hadapan meja pameran telefon pintar sebelum memegang sebuah peranti iPhone 14 Plus.

Selepas memeriksa peranti itu, dia menggigit kabel keselamatan beberapa kali dan memasukkan telefon tersebut di dalam begnya sebelum melarikan diri.

Pengurus kedai, Wang, berkata, sebuah penggera berbunyi semasa kecurian berlaku namun, kakitangan tidak menyedari kehilangan telefon itu sehingga mereka menemui kabel yang putus akibat digigit, selain sebuah telefon pintar disahkan hilang.

Polis kemudian berjaya mengesan lokasi Qiu dan menahan wanita itu untuk siasatan lanjut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI