fbpx

[VIDEO] Polis siasat lelaki tidak berbaju pukul penunggang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki tidak berbaju memukul penunggang lain bertubi-tubi selepas kemalangan.

KAJANG – Polis menyiasat sebuah video tular yang memaparkan seorang penunggang motosikal dipukul lelaki tidak berbaju selepas terbabit kemalangan di Jalan Utama Cheras Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, sebuah motosikal dilihat keluar secara tiba-tiba dari simpang menyebabkan sebuah lagi motosikal yang ditunggang lelaki tidak berbaju gagal mengawal kenderaan lalu melanggar kenderaan tersebut.

Susulan kejadian itu, lelaki tidak berbaju itu terus memukul penunggang motosikal tersebut secara bertubi-tubi di tengah persimpangan jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.09 tengah hari.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal (lelaki tidak berbaju) memukul seorang lagi penunggang dengan tangan dan kaki.

“Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka (dash cam) sebelum dimuat naik dan tular di Telegram Info Semasa Official semalam,” katanya dalam kenyataan hari in.

Setakat ini, polis masih belum menerima laporan daripada pihak yang terlibat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menunggang motosikal secara gopoh dan Seksyen 323 kanun sama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI