fbpx

‘Terlajak’ manja pula adegan urutan Shukri Yahaya, Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADEGAN manja Shukri dan Janna dalam sebuah drama yang dikatakan tidak sensitif dan melampau memandangkan masing-masing sudah berstatus suami dan isteri orang.

NAIK berbulu agaknya mata netizen tengok babak urut-mengurut antara pelakon Janna Nick dengan Shukri Yahaya.

Biarpun sekadar lakonan, tapi ada mata-mata yang berasa kurang senang dengan babak tersebut. Mana tidaknya, masing-masing sudah pun berumah tangga dan berstatus isteri dan suami orang.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Janna dalam Instagram miliknya, kelihatan kaki pelakon itu diurut Shukri yang memegang peranan sebagai suami dalam drama lakonan mereka.

Melihat aksi sebegitu, netizen mulalaj minta kedua-duanya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Patutlah ramai artis yang taubat,” tegur seorang netizen.

“Nauzubillah. Kembalilah pada agama,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Malu tengok. Tak boleh pegang. Lagi pun seorang suami orang, seorang lagi pula isteri orang. Hati-hati semua akan disoal oleh Allah,” kata netizen.

DIVA: Sedih pula baca kisah tak jadi kahwin pelakon Talha Harith. Tak apalah, bunga bukan sekuntum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI