fbpx

Teknologi VAR masih belum dapat diguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pengadil tempatan menyaksikan perjalanan teknologi VAR sebelum diguna pakai pada Liga Super musim depan.

SECARA realistik, penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) belum lagi dapat digunakan pada final Piala Malaysia musim ini, sebaliknya teknologi itu dijangka diguna pakai pada saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, kekangan masa juga antara aspek yang perlu diambil kira memandangkan penga­dil tempatan juga sedang menjalani latihan menggunakan teknologi tersebut.

“Teknologi VAR akan digunakan tahun depan kerana apa yang kita lihat dan dimaklumkan, MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) tidak sempat untuk mengaplikasikannya, namun persiapan sudah bermula pada tahun ini.

“Justeru, setakat ini kita tidak pasti lagi bila tarik tepat teknologi VAR akan boleh digunakan, namun untuk aksi final Piala Malaysia berkemungkinan besar tidak sempat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam mengakui tidak pasti bila masa sesuai untuk menyaksikan VAR dapat digunakan pada Liga M dan pihak­nya perlu melakukan perbincangan dengan pihak berkaitan.

Bagaimanapun, Stuart juga menegaskan, cadangan untuk menggunakan pengadil import yang miliki kelayakan mengendalikan VAR pada final Piala Malaysia hanya akan meningkatkan beban kos dan ia seakan tidak realistik.

“Saya fikir di peringkat MFL keutamaan adalah VAR dan kita hanya perlukan pengadil (utama) asing di atas padang kerana untuk memanggil individu berkenaan menguruskan teknologi terbabit bukannya murah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI