fbpx

Sedih tengok Shuib tayang aurat, berseluar pendek – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Shuib bersama isteri dan anak-anaknya mengundang teguran soal aurat.

RAMAI katanya yang kecewa apabila pelawak, penyampai radio dan usahawan, Shuib berkongsi foto memakai seluar pendek sehingga mendedahkan lutut, aurat kata netizen!

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Shuib dalam Instagram, dia dilihat bersama tiga orang anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin serta isteri baharunya, Watie sedang berada di lapangan terbang.

Difahamkan mereka sekeluarga bercuti di sebuah pulau peranginan di Sabah.

Tapi apa yang menarik perhatian netizen, apabila Shuib dilihat mengenakan seluar pendek pada paras lutut. Ramai juga pengikutnya kecewa kerana mendakwa, sebelum ini Shuib tidak pernah dilihat berseluar pendek.

Mereka nasihatkan Shuib supaya peka soal aurat sebagai lelaki beragama Islam.

“Lutut itu aurat Shuib,” tegur seorang netizen.

“Shuib kalau kasihan pada arwah (Siti Sarah), pakailah seluar panjang. Sempurnakan auratmu,” kata seorang pengguna Instagram.

Apa pun, Shuib bukan budak lagi.

DIVA: Siapa agaknya lima lagi peserta All Star Gegar Vaganza yang bakal mengisi tempat duduk ‘Hot Seat’?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI