fbpx

RM500 juta atasi masalah kesesakan di HSA – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (kanan) menyantuni kakitangan dan pengunjung semasa melawat HSA Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM500 juta untuk kerja-kerja naik taraf fasa pertama Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini termasuk melibatkan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan segera itu bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit-pesakit dan waris di hospital berkenaan.

Menurut beliau, jumlah peruntukan berkenaan telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Ekonomi.

“Saya lawat HSA ini kerana dapat laporan daripada Menteri Kesihatan tentang masalah berbangkit sejak puluhan tahun, iaitu tentang kesesakan. Jadi perbincangan dibuat dan kerajaan bersetuju ambil tindakan segera meluluskan pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat.

“Fasa pertama memerlukan peruntukan setengah bilion, iaitu RM500 juta. Projek ini perlu disegerakan, kita mahu lakukan dalam tahun ini juga, sekarang (jika boleh) kerana kesesakan itu tidak boleh ditahan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di hospital berkenaan, di sini hari ini.

Tambah Anwar, pihaknya juga bersetuju dengan perancangan asal menaik taraf dan pembinaan beberapa kompleks kesihatan baharu di kawasan HSA.

“Pembinaan tempatan letak kenderaan bertingkat itu juga tidak seharusnya ganggu perancangan pembinaan semula beberapa blok kesihatan di atas tanah yang berkeluasan hampir 100 ekar.

“Jadi kalau gunakan pelan asal, keluasan tanah itu mencukupi. Oleh yang demikian rancangan sekarang adalah bina beberapa kompleks bangunan bertingkat tinggi untuk penuhi keperluan. Projek ini telah terbengkalai sekian lama tanpa sebarang tindakan, bila tiba giliran saya (jadi Perdana Menteri), kita ambil tindakan segera.

“Selepas kajian pembinaan siap, kita perlu ada ‘fast track tender’, kita mahu mulakan sekarang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI