fbpx

Perpindahan impian Manchester United jadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRABAT melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama semusim dengan menyertai United. - AFP

MANCHESTER – Hasrat Manchester United untuk mendapatkan khidmat pemain Fiorentina, Sofyan Amrabat akhirnya menjadi kenyataan selepas pemain itu menyertai mereka secara pinjaman.

Selain Amrabat, United juga berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Sergio Reguilon secara pinjaman untuk mengisi kekosongan ekoran kecederaan dialami oleh Luke Shaw dan Tyrell Malacia.

United juga turut berjaya membawa masuk khidmat penjaga gol Fenerbahche, Altay Bayindir pada Jumaat lalu untuk membolehkan mereka melepaskan Dean Henderson yang menandatangani kontrak bersama Crystal Palace.

Amrabat menjadi tonggak penting pasukan kebangsaan Maghribi pada kempen Piala Dunia lalu berkelana ke Old Trafford dengan nilai pinjaman sebanyak €10 juta (RM50.27 juta) dengan pilihan dibeli secara tetap musim depan pada harga €25 juta (RM125.67 juta).

“Saya tidak sabar menantikan saat ini, tetapi saya adalah seorang yang sentiasa mendengar ‘kata hati’ dan sekarang saya bersama kelab yang selama ini menjadi impian saya.

“Saya seorang pemain yang sabar, saya mahu memberikan ‘tenaga’ buat pasukan ini dan sedia memberikan segala-galanya untuk United,” kata Amrabat.

Amrabat sebelum ini pernah bekerja bersama Pengurus United, Erik Ten Hag ketika kedua-dua mereka berada di FC Utrecht dan pemain itu diharap dapat memberikan kekuatan tambahan buat jentera tengah The Red Devils.

“Komitmen dan tenaga yang mampu diberikan dalam setiap perlawanan adalah sesuai dengan pasukan yang sedang kami bina di sini.

“Kami mengenali mentaliti, dinamik dan kualiti teknikal dimiliki oleh Sofyan dan berharap dia mampu menyumbang kepada kejayaan pasukan pada saingan musim ini,” jelas Pengarah Bola Sepak United, John Murtogh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI