fbpx

Pendaftaran SIMP masih terbuka kepada nelayan kawasan PSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrul (empat dari kanan) menyampaikan replika kunci kepada penerima bot dan enjin dalam satu majlis di George Town, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Nelayan Pulau Pinang Selatan yang belum membuat pendaftaran skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) digesa mendaftar segera bagi membolehkan pemprosesan pembayaran bantuan kewangan (ex-gratia) dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation (PIC), Datuk Seri Farizan Darus berkata, nelayan daripada sembilan unit nelayan di Pulau Pinang Selatan masih boleh membuat pendaftaran di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

“Kami menyeru agar mereka mendaftar secepat mungkin kerana pembayaran ex-gratia sudah bermula sejak Jumaat lalu bagi mereka yang sudah mendaftar sejak awal lagi,” katanya di sini, hari ini.

Pembayaran 75 peratus dari jumlah penuh ex-gratia telah bermula semalam susulan pengumuman Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bahawa Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) PSI telah diluluskan pada 21 Julai lalu.

Kebenaran merancang untuk kerja tambakan juga diluluskan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang pada 22 Ogos dan kelulusan berkenaan bermakna kerja penambakan PSI untuk membina Silicon Island dibenarkan bermula.

Menurut Farizan, sepatutnya tidak ada lagi halangan untuk nelayan membuat pendaftaran SIMP memandangkan penambakan sudah bermula.

“Pada masa ini, kerajaan negeri sedang menunaikan janji kepada nelayan. Maka, nelayan harus lebih yakin dan terdorong untuk mendaftar kerana mereka nelayan berhak untuk menikmati manfaat SIMP,” katanya.

Farizan berkata, seramai 358 tekong dan awak-awak yang telah membuat pendaftaran awal akan menerima 75 peratus jumlah ex-gratia yang telah dijanjikan mulai Jumaat lalu menerusi pemindahan dana elektronik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI