fbpx

Mahu selamatkan dua rakan, warga emas mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT Haudi ditemui terapung tidak jauh dari kawasan lemas di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru, Melaka.

ALOR GAJAH – Seorang warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai cuba menyelamatkan dua rakannya yang dihanyutkan air pasang ketika memancing di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Haudi Sujai, 63, ditemui dalam keadaan terapung tidak jauh dari lokasi lemas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh orang rakannya telah tiba dari Balakong, Selangor ke kawasan itu pada pukul 10 pagi semalam untuk memancing.

“Pada pukul 4 pagi tadi, dua rakan mangsa telah pergi ke arah Pantai Pulai Masjid dan kira-kira pukul 11 pagi air laut mulai pasang menyebabkan kedua-dua mereka hampir lemas.

“Mangsa yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun telah dihanyutkan manakala rakannya berjaya diselamatkan oleh orang kampung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilaksanakan dengan bantuan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Marin dan orang kampung.

“Pada pukul 3 petang mayat mangsa berjaya ditemui dalam keadaan terapung dan dibawa ke pantai.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Port Dickson dan dirujuk ke hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya.

Ujar Arshad, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI