fbpx

Lelaki jalin hubungan intim dengan bapa sendiri dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pendedahan seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sumbang mahram dengan bapa sendiri mendapat kecaman ramai di media sosial.

Menerusi tangkap layar perkongsian MHaffizJ di Twitter, lelaki tersebut bertanya, bagaimanakah cara menghentikan hubungan intim dengan bapa sendiri.

“Saya akan cuba untuk tidak menghakimi di sini, tetapi pertama sekali, tolong rujuk kepada ahli terapi,” tulisnya pada kapsyen.

Difahamkan hubungan sumbang mahram tersebut telah diketahui ahli keluarga terdekat dan dia berhasrat untuk keluar dari kancah tidak bermoral itu, namun buntu mencari jalan penyelesaian.

“Macam mana nak hentikan hubungan intim dengan bapa sendiri? Saya faham, makcik pakcik keluarga semua pun jijik dan dah lama suruh kami hentikan perbuatan ini.

“Kami dah cuba jumpa ustaz, tetapi masih susah nak hilang rasa cinta itu, ‘by the way’ saya lelaki,” katanya.

Ciapan tersebut mendapat kecaman hebat dari pengguna media sosial, namun ada juga yang bersimpati dengan keadaan yang dihadapi lelaki tersebut.

“Kalau betul nak berubah, hanya ada satu cara iaitu ubah keadaan sekeliling. Keluar dari rumah itu dan bawa diri anda,” pesan Suri Lisa.

“Bila saya baca hubungan intim dengan ayah dan keluarga mereka semua tahu mengenai hal ini, saya agak terkejut dan ingatkan itu dah teruk. Rupanya dia seorang lelaki, oh dunia apa nak jadi,” luah Nadhirah.

“Bapa dan anak perlu masuk jel kalau macam ini. Bahaya dari segi moral kalau dua orang macam ini berlegar bebas,” komen Alli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI