fbpx

Jualan Rahmah Bergerak: 300 ekor ayam RM1 habis dalam sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tiga dari kiri) menunjukkan ayam jualan di Program Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Negeri Perak di Dewan Bandaran Gopeng hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

GOPENG – Tidak sampai sejam, 300 ekor ayam berharga RM1 seekor habis dijual dalam Program Jualan Rahmah Bergerak (PJRB) peringkat negeri Perak di sini.

Lebih 500 penduduk sekitar memenuhi kawasan Dewan Bandaran Gopeng sejak 8 pagi bagi mendapatkan pelbagai barangan jualan Rahmah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh sejam kemudian.

Timbalan Menteri itu menyatakan rasa gembira apabila jualan Rahmah secara bergerak itu dapat diperluaskan ke merata kawasan sejak mula diperkenalkan pada Jun 2023.

Beliau melihat kaedah tersebut membolehkan barangan jualan Rahmah sampai terus kepada rakyat khususnya di kawasan pendalaman dan berpendapatan rendah.

“Saya menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen untuk mengenal pasti di mana kawasan yang ingin dibawa kedai cari rakyat ini. Kerana Yang Berhormat sendiri yang tahu di mana kawasan kampung, kumpulan B40 dan kawasan kos kawasan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan PJRB dan Aduan Suri di sini hari ini.

Sejak dilancarkan pada 16 Jun 2023, PJRB telah melibatkan sebanyak 575 kawasan di seluruh negara.

Fauziah berkata, sehingga kini sebanyak 129 Program Jualan Rahmah telah dilaksanakan di kesemua 24 kawasan Parlimen serta 59 kawasan DUN Perak dan telah memberi manfaat kepada lebih 160,000 orang dengan jumlah jualan melebihi RM3 juta.

Dalam program sama, Fuziah yang turut melancarkan Aduan Suri iaitu kemudahan kepada rakyat untuk membuat sebarang aduan kepenggunaan dengan hanya mengimbas kod QR

“Fokus utama adalah kepada suri rumah yang sering berurusan dengan pembelian barangan keperluan dan berdepan masalah kenaikan harga dan kekurangan bekalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI