fbpx

JPJ P. Pinang sita 9 motosikal, keluar 124 notis saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ Pulau Pinang ketika menjalankan Ops Khas Motosikal berhampiran Plaza Tol Kubang Semang, Bukit Mertajam, kelmarin.

SEBERANG PERAI – Sembilan motosikal disita manakala sebanyak 124 notis saman dan teknikal atas pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu operasi penguatkuasaan di sini, kelmarin.

Ops Khas Motosikal yang berlangsung selama dua jam setengah bermula kira-kira pukul 4 petang itu dijalankan berhampiran Plaza Tol Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini.

Menurut jurucakap jabatan itu, tujuan penguatkuasaan tersebut dilakukan adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan pengendali atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

“Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi berkenaan ialah seperti tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Turut dikesan ialah kesalahan seperti mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan, tidak mempamerkan pelekat ‘P’, tiada cermin sisi serta mengubah suai motosikal tanpa kebenaran,” katanya, di sini hari ini.

Tambahnya, pengendali atau pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Pada masa sama, mereka juga dinasihatkan agar memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan serta kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal ketika ini,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI