fbpx

Josue mahu beri hadiah buat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (tiga dari kanan) giat menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Syria serta China pada Rabu dan Sabtu depan.

SEMANGAT patriotik kepada Malaysia makin meresapi dalam jiwa kapten Kuala Lumpur, Paulo Jo­sue yang mahu jadikan keputusan positif pada aksi persahabatan dengan Syria dan China sebagai hadiah kemerdekaan tahun ini.

Sekalipun sedar status lawan adalah pasukan yang lebih baik kerana mereka berada di ranking lebih tinggi berbanding Harimau Malaya, namun Josue sentiasa kekal dengan prinsip bola itu bulat dan apa-apa saja boleh berlaku.

“Tidak boleh diragukan lagi sekarang adalah minggu istimewa buat Malaysia, begitu juga buat diri saya. Jika boleh berikan hadiah terbaik, sudah pasti kami mahu berikannya (keputusan positif) kepada mereka yang saksikan dan sokong kami.

“Ini adalah bola sepak, pasukan di ranking lebih bawah boleh kalahkan pasukan di ranking tinggi. Kami bersiap dengan baik untuk hadapi cabaran ini. Bola adalah lebih kepada 11 lawan 11,” katanya.

Walaupun terpaksa berdepan rejim latihan lebih berat di bawah kendalian Kim Pan-gon, pemain tengah kelahiran Brazil itu percaya akan ada hikmah di sebalik kesengsaraan yang dihadapi pasukan ketika ini.

“Orang Korea Selatan datang ke sini untuk ‘bunuh’ kami, namun semua ini adalah sebahagian daripada proses kerana pendekatan dalam skuad kebangsaan dan kelab adalah berbeza. Jurulatih juga mengharapkan sesuatu yang lebih daripada pemain.

“Mereka yang berada di sini tahu mereka adalah yang terbaik dalam negara buat ketika ini dan kami kena habiskan kerja untuk bantu negara.

“Siapa pun kena bersedia untuk bantu pasukan, sama ada ja­ringkan gol, buat larian atau bertahan dan saya sendiri tidak kisah buat semua itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI