fbpx

Hatrik Haaland bantu City belasah Fulham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERLING Haaland (No. 9) terus menyinar apabila merakan hatrik untuk bantu Man. City belasah Fulham, sebentar tadi. AFP

MANCHESTER – Erling Haaland terus ‘mengganas’ apabila melakar hatrik sulungnya musim ini untuk bantu Manchester City membelasah Fulham 5-1 di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Tempoh 13 minit pertama di babak kedua jelas menjadi jurang pemisah buat kedua-dua pasukan dan segalanya seakan tidak kena buat Fulham hingga membenarkan penyerang Norway itu bermaharajalela.

Walaupun menguasai permainan, Man. City dilihat tidak terlalu terburu-buru dan minit ke-30 kesabaran The Citizens akhirnya terbalas selepas Julian Alvarez meledak gol pembukaan namun kelebihan itu hanya bertahan dua minit apabila Tim Ream kembali menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, nasib lebih berpihak kepada Man. City apabila memastikan 45 minit pertama menjadi milik mereka, menyaksikan Nathan Ake meledak gol kedua pada masa kecederaan.

Kesilapan pertahanan Fulham pada minit ke-58 pantas dihukum oleh Haaland yang mula membuka akaun jaringannya dalam perlawanan ini sebelum menyempurnakan penalti, 11 minit selepas itu.

Walaupun Fulham cuba bangkit, Man. City jelas memiliki kelebihan dan ketika perlawanan berada dalam masa tambahan, Haaland terus merobek gawang lawan untuk melengkapkan hatrik pertamanya musim ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN