fbpx

EPL: Hojlund bakal turun perkuat United di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND terlepas tiga perlawanan awal musim ini ekoran sedang menjalani proses pemulihan, namun bersedia untuk beraksi menentang Arsenal malam ini. - FB MANCHESTER UNITED

LONDON – Penantian bintang baharu Manchester United, Rasmus Hojlund untuk melakukan debut bakal berakhir apabila dilaporkan cergas sepenuhnya untuk menghadapi Arsenal di Stadium Emirates malam ini.

Malah, pengendali The Red Devils, Erik Ten Hag juga mengesahkan Sergio Reguilon yang menyertai pasukan itu secara pinjaman dari Tottenham Hotspur berpeluang diturunkan pada aksi itu nanti.

“Ya, Hojlund boleh bermain dalam perlawanan ini. Dia sudah pun harungi latihan dengan baik, jadi kita lihat nanti pada sesi terakhir sebelum perlawanan nanti.

“Dia melakukan tugas dan memberi respons dengan baik, jadi sudah pasti dia boleh bermain untuk perlawanan dengan Arsenal. Reguilon juga sudah berada di sini, jalani latihan dan dia sudah boleh bermain,” katanya.

Hojlund menyertai United dengan harga £74 juta (RM433.1 juta) untuk menambah kekuatan jentera serangan pasukan itu yang tidak memiliki penyerang tulen sebaliknya hanya bergantung kepada Marcus Rashford.

Kehadiran Reguilon juga memberi kelegaan buat Ten Hag selepas dua pemain tonggaknya Luke Shaw alami kecederaan otot, selain Tyrell Malacia masih dalam proses pemulihan ekoran kecederaan ketika aksi pramusim.

“Dia (Reguilon) pemain berpengalaman, pernah beraksi dengan kelab besar di La Liga, Liga Perdana Inggeris dan sudah pasti latar belakangnya cukup luar biasa. Kami gembira menyambutnya ketika pasukan dipalit kecederaan Shaw dan Malacia,” jelas Ten Hag.

Sementara itu, Reguilon menjelaskan beliau harus sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk jika kembali ke Spurs memandangkan perjanjikan membolehkannya ‘pulang’ ke The Lilywhites pada Januari ini.

“Dalam kehidupan kamu perlu bersedia untuk berdepan apa juga keadaan, namun peluang untuk wakili kelab hebat ini jadi sesuatu yang tidak boleh saya tolak.

“Saya bercakap dengan pengurus dan saya tahu apa yang dia perlukan. Saya juga tahu saya mampu sumbangkan sesuatu kepada Manchester United musim ini dan saya bersedia untuk bersaing dengan pemain lain,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI