PETALING JAYA – Perbuatan tidak bermoral seorang bapa yang merakam dan memuat naik aksi anak lelakinya memegang alat pam zakar mendapat kecaman dan kutukan panas di media sosial.
Dalam satu ciapan, seorang pengguna berkongsi video rakaman kanak-kanak yang dilihat sedang ‘bermain’ sambil dirakam aksinya oleh bapa sendiri.
“Adik oi, itu bukan ‘toy’ permainan yang kau nak main. Bapa-bapa kalau mainan anda itu, simpan lah baik-baik, kan dah anak jumpa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan kekecewaan dengan tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa kanak-kanak tersebut.
“Itu pam besarkan alat sulit. Aku doakan kita sebagai bapa, tidak buat la benda bodoh macam ini dengan anak. Hormat lah anak, hormat la mak dia dan hormat diri sendiri. Bila tak ada rasa hormat ini lah jadinya. Kena hina dan caci dengan masyarakat,” pesan Usop Ibrahim.
“Aku baru tahu pasal kewujudan benda ini, tetapi bodohnya lah mak bapak zaman sekarang. Memang jenis lapar nak populariti ke apa, semua benda nak ‘post’,” kata Ida.
“Bagi budak tu main dah bodoh. Rekod dan ‘post’ pulak tak tahu lah tahap bodoh apa ibu bapa dia ini, entah lawak dekat mana,” ciap Yaya Ridzuan.
Selain itu, ada juga beberapa pengguna yang mempersoalkan tindakan tidak bermoral ibu bapa tersebut.
“Betullah pendidikan bermula dari rumah, tetapi kalau macam ini lah mak ayah punya perangai biarkan anaknya main benda ini, apa kau harap jadi dekat budak ini nanti. Tenat betul perangai manusia zaman ini.
Setakat ini ciapan tersebut telah meraih 300,000 tontonan, 963 tanda suka dan 234 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE