fbpx

Azeem akan lebih padu di Hangzhou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) bersama Harnden (kiri) dan coach Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah menggalas harapan besar untuk menaiki podium pada Sukan Asia Hangzhou.

PRESTASI bintang pecut olahraga negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi akan lebih ‘sempurna’ terutamanya ketika blok permulaan pada Sukan Asia Hangzhou, China bermula 26 September hingga 8 Oktober depan.

Jurulatihnya di Universiti Auburn iaitu Ken Harnden sedang mencari jalan bagi memastikan permulaan Azeem lebih sempurna berbanding pada Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary bulan lalu.

Azeem, 19, ketika itu kelihatan gementar dan berlari dalam keadaan tertekan mungkin disebabkan ia penampilan pertamanya di pentas berprestij dunia yang menyaksikannya terkandas di pusingan pertama.

Kali ini, pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan menerusi masa 10.09 saat (s) itu bakal berdepan jangkaan yang lebih tinggi kerana ramai mengharapkannya berupaya menaiki podium pada Sukan Asia Hangzhou.

“Memang kecewa kerana Azeem boleh berlari dengan catatan 10.10s untuk layak ke separuh akhir (Kejohanan Dunia) tetapi ia tidak berlaku. Kami tidak mengambil peluang itu sebaiknya tetapi ia satu pengalaman yang baik.

“Saya mesti melakukan tugas yang lebih baik memastikan dia bersedia apabila berada dalam situasi tertekan terutama blok permulaan. Ia sesuatu yang sedang kami usahakan.

“Selepas ini Sukan Asia. Kami belajar daripada pengalaman ini untuk menjadi lebih baik,” kata Harnden yang turut mengiringi Azeem ke Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand dua bulan lalu.

Bintang muda Jepun, Abdul Hakim Sani Brown diramal membawa pulang pingat emas Sukan Asia Hangzhou berdasarkan kejayaannya meraih tempat keenam pada final 100m Kejohanan Dunia dengan catatan 10.04s.

Difahamkan, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) meletakkan sasaran satu pingat gangsa buat kontinjen negara dengan Azeem antara menjadi sandaran selain Muhammad Irfan Samsuddin dan Shereen Samson Vallabuoy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI