fbpx

[VIDEO] Adik Aqil bakal terima kaki palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (tengah) bersama Muhammad Aqil (dua dari kiri) ketika dibawa berjumpa pakar prostetik.

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membawa Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11, yang tular di media sosial baru-baru ini setelah menamatkan perlumbaan 100 meter (m) menggunakan tongkat berjumpa pakar prostetik Artalive Sdn. Bhd.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia pemasangan prostetik tersebut setelah penilaian sewajarnya dijalankan bagi menentukan jenis prostetik yang paling sesuai untuk membolehkannya menyertai aktiviti sukan.

“Ia bukan tentang menjadi yang terpantas, tetapi mengenai keinginan dan keazamannya untuk menamatkan perlumbaan yang mengagumkan saya,” kata Hannah Yeoh dalam sebuah kenyataan di laman Facebooknya.

Melalui perjumpaan tersebut, Hannah diiringi oleh Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengetuai inisiatif Projek Tongkat yang bertujuan menawarkan sokongan kepada orang yang diamputasi melalui sukan.

Menurut pakar perubatan sukan ISN, Dr. Ahmad Munawwar Helmi, pihaknya akan memastikan sokongan prostetik yang diberikan dapat bertahan dalam jangka masa panjang dan tiada komplikasi terhadap Muhammad Aqil.

Terdahulu, video Muhammad Aqil menamatkan larian 100 m bersama gurunya, Intan Zulaikha Jusoh, membuatkan orang ramai terharu dan kagum melihat semangat juang yang ditunjukkan olehnya.

Walaupun mempunyai sebelah kaki dan hanya bertongkat, dia tetap menyertai acara tersebut meskipun kebanyakan peserta kelihatan sempurna.

Menerusi laporan Kosmo! Online sebelum ini, rata-rata pengguna media sosial turut kagum melihat semangat juang yang ditunjukkan Muhammad Aqil.

Dalam pada itu, Hannah sempat menasihatkan mereka yang kurang upaya untuk memohon kad OKU sebagai langkah pertama.

Mereka yang kudung kaki dan ingin bermain bola sepak boleh hubungi 011-36296375 atau e-mel ke [email protected] atau berhubung di media sosial melalui laman Facebook Projek Tongkat dan Instagram projek_tongkat. – KOSMO! ONLINE

@faridkamaruddin18 Replying to @malikperang original video #ppki #mssd ♬ original sound – Farid Kamaruddin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI