fbpx

Ummi Nazeera ‘sidai’ suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar perkongsian Mohd. Izzar tentang pengalamannya menemani isteri, Ummi Nazeera ke sebuah acara pertunjukan fesyen baru-baru ini.

ADAKALANYA, bukan sahaja selebriti tetapi pasangan mereka iaitu suami atau isteri mampu mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Terbaharu, suami Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd. Izzar Anwari menerusi beberapa video TikTok berkongsi aktivitinya mengikut isteri tercinta ke acara pertunjukan fesyen baru-baru ini.

Lucunya, dia memberitahu kerap ‘disidai’ oleh isterinya setiap kali hadir ke acara sebegitu.

“Musim sidai sudah kembali. Tidak tahu nak kata apa lagi, ada jugalah kena tunggu selama dua jam ini,” selorohnya.

Selain itu, Izzar turut meraih pujian kerana sentiasa peka dengan penampilan dan pantas merapikan semula busana Ummi sekiranya kelihatan tidak kemas.

Izzar juga turut menyarankan golongan suami mempelajari ilmu berkaitan tudung agar membantu isteri mendapatkan bentuk tudung yang kemas dan cantik.

“Bagus betul suami Ummi. Kalau suami aku, tudung terbalik pun tak mahu tegur.

“Dengar nasihat tersebut macam kelakar, hakikatnya sangat berguna buat para suami,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI