fbpx

Kerana mulut badan binasa! Puteri Sarah tunjuk bukti saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAB mulut badan binasa. Puteri Sarah membuktikan kenyataan untuk menfailkan saman terhadap Wiwie bukan omong kosong.

PETALING JAYA –  Bukan sekladar cakap-cakap kosong, isu saman Puteri Sarah Liyana terhadap kakak ipar kepada bekas madunya, Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena memasuki episod baharu apabila satu penyata tuntutan telah pun dikeluarkan peguamnya.

Menerusi satu muat naik dalam Instagram, bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu berkongsi penyata tuntutan saman fitnah yang difailkan, termasuk injuksi terhadap Wiwie menerusi peguamnya, Datuk Akberdin Abd. Kadir pada 30 Ogos lalu.

Antara isi kandungan yang dinyatakan dalam tuntutan tersebut menyebut bahawa Wiwie telah membuat kenyataan tidak wajar tentang dirinya dalam Instagram pada 24 Ogos lalu.

Sarah yang kini berada di Jakarta, Indonesia turut meluahkan rasa lega dengan perkembangan tuntutan yang difailkan terhadap wanita terbabit.

“Alhamdulillah, berita gembira daripada peguam saya. Kerana mulut, badan binasa,” tulisnya.

Perkongsian pelakon berusia 37 tahun itu turut mendapat sokongan daripada pengikutnya apabila menasihati Sarah supaya tidak menarik semula saman terhadap Wiwie selain sebagai pengajaran untuk masa akan datang.

“Ajar sikit orang macam ini. Biar dia tahu kerana mulut, badan binasa,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Jangan tarik saman lagi. Bagi sahaja terus saman sampai habis,” kata seorang pengikutnya.

“Semoga dipermudahkan urusan Sarah. Jangan bagi muka lagi dan jangan mengalah,” tegas seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, Sarah meluahkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wiwie selepas wanita itu masih mengganggu ketenteraman dan menjaja cerita tentang dirinya walaupun sudah menarik semula saman terhadap Ira Kazar dan keluarga bekas madunya itu.

Menurut Sarah, Wiwie seolah-olah belum ‘move on’ dan tidak bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap Ira Kazar dan dua ahli keluarganya yang lain.

“Saya sudah selesai dengan Syamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat rakan rapat kau?

“Sudah tarik saman pun cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa,” katanya menerusi satu hantaran yang dikongsikan dalam InstaStory.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman Puteri Sarah serta keluarganya dan keluarga mentuanya.

Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur Pada 14 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI