fbpx

Perisai Super Garuda 2023 perkasa pertahanan Indo-Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sebahagian pegawai dan anggota tentera yang terlibat dalam latihan tentera bersama Super Garuda di Situbondo, Jawa Timur kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) me­ngadakan latihan tentera besar-besaran kelmarin dengan penyertaan enam negara lain dalam tindakan yang dianggap ancaman kepada China ketika kebimbangan perang bakal tercetus meningkat, lapor akhbar Daily Express.

Indonesia dan AS mengadakan latihan tentera melibatkan tembakan peluru hidup dan dikenali sebagai Perisai Super Garuda itu sejak 2009. Ia di­sertai oleh Australia, Jepun dan Singapura pada 2022.

Bagaimanapun, Britain dan Perancis turut mengambil bahagian dalam latihan perang Super Garuda pada tahun ini, dengan penglibatan sekitar 5,000 askar.

China dilaporkan menganggap latihan perang yang diperluaskan itu sebagai ancaman langsung dan menuduh AS membina pakatan Indo-Pasifik menyerupai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Latihan perang besar-besaran pada tahun ini diadakan ketika China meningkatkan ancaman untuk menyerang Taiwan iaitu pulau pentadbiran sendiri yang dituntut oleh Beijing.

Washington sebelum ini memberi amaran bahawa ia akan campur tangan jika Beijing cuba merampas Taiwan secara paksaan, retorik yang menyaksikan hubungan AS-China menjunam ke tahap paling buruk dalam sejarah.

China bimbang AS cuba menjejaskan kekuatan tentera dan pengaruhnya di rantau tersebut ketika ketegangan semakin memuncak.

Pemerhati dari Jerman, India, Kanada dan Belanda turut dihantar untuk memantau latihan tentera yang berlangsung selama dua minggu itu.

Pegawai dari New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Korea Selatan, Timor Leste, Brunei dan Malaysia turut dikerahkan ke Baluran yang merupakan bandar pesisir pantai di Jawa Timur, Indonesia di mana latihan itu berlangsung.

Komander Ketumbukan Pasifik AS, Jeneral Charles Flynn berkata dalam satu kenyataan; “Perisai Super Garuda 2023 dibina berdasarkan kejayaan luar biasa pada tahun lalu.

“Latihan multinasional ini memaparkan komitmen kolektif kami dan persefahaman bagi menjamin rantau Indo-Pasifik yang kekal stabil, selamat dan lebih aman, bebas serta terbuka.”

Latihan perang itu dilapor­kan akan memberi tumpuan kepada perancangan misi dalam operasi ketenteraan bersama.

Latihan di lapangan itu juga akan menyaksikan tentera dari setiap negara melaksanakan kemahiran bertempur secara kolektif untuk meningkatkan kerjasama dan kapasiti operasi gabungan.

Awal bulan ini, Beijing me­nuduh Washington secara rahsia terlibat dalam percaturan politik Taiwan.

China secara rutin melakukan aktiviti yang dianggap ancaman di Selat Taiwan termasuk mempamerkan kekuatan tenteranya.

Pada minggu lalu, Beijing mengerahkan berpuluh-puluh pesawat tentera dan kapal perang ke arah Taiwan, manakala 20 pesawat tentera China sama ada melintasi garisan median di Selat Taiwan yang dianggap sensitif oleh Taipei atau mencabuli zon pengenalan pertahanan Taiwan.

Sementara itu, AS pula meluluskan jualan senjata bernilai AS$503 juta (RM2.3 bilion) kepada Taipei dalam petanda bahawa Washington tidak akan membiarkan China

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI