fbpx

Penyamun belasah bekas tentera, larikan barang berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fura, 55, menunjukkan kesan lebam pada tangan bapanya selepas dipukul penyamun yang memecah masuk rumah keluarganya di Kampung Gemuruh, Kuala Pilah baru-baru ini.

KUALA PILAH – Tiga daripada lima penyamun yang memecah masuk sebuah rumah di Kampung Gemuruh, di sini bertindak kejam apabila memukul seorang warga emas sebelum melarikan barangan kemas dan wang tunai dalam kejadian pada Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Saedin Abd Hamid, 77, mengalami keretakan pada tengkorak kepala akibat dipukul menggunakan kayu.

Saedin yang juga bekas tentera berkata, pada mulanya dia mahu melawan tiga penyamun tersebut, namun apabila mengenangkan isterinya, Noriah Rose, 77, yang dikawal oleh dua lagi penyamun bertopeng di luar bilik, dia tidak jadi melawan.

“Kira-kira pukul 2.30 pagi, saya diterkam tiga penyamun ketika berada di dapur. Setiap seorang memegang kayu dan parang.

“Mereka telah memukul paha, tangan dan kepala sehingga menyebabkan saya pengsan. Sebaik sedar, parang sudah berada di leher dan kaki serta tangan saya diikat,” katanya ketika ditemui di Kampung Gemuruh, di sini hari ini.

Saedin berkata, penyamun itu masuk melalui tingkap dapur dan menyelongkar kesemua lima bilik serta melarikan wang tunai isterinya sebanyak RM 6,500, rantai serta cincin emas bernilai kira-kira RM20,000.

“Barang-barang anak saya pun ada yang dilarikan. Penyamun itu turut bertanyakan duit jualan lembu dan kambing, sedangkan ternakan yang berhampiran rumah bukanlah milik saya.

“Penyamun itu akhirnya keluar pukul 4 pagi dan ikatan tangan serta kaki saya dibuka isteri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI