fbpx

Pemandu lori letak banyak pelekat pada cermin, undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar cermin hadapan lori yang dikongsikan pengguna tersebut di laman Twitter.

PETALING JAYA – Seorang pengguna jalan raya menyuarakan kerisauannya ketika memandu lebih-lebih lagi jika diekor rapat oleh pemandu lori.

Menurut hantaran tular di laman Twitter, pengguna tersebut juga mengkritik tindakan sesetengah pemandu lori yang melekatkan pelbagai kertas atau dokumen penting pada cermin hadapan sehingga mengehadkan pandangan.

“Tengok lori dekat belakang ni, separuh cermin penuh dengan penghalang cahaya. Sebahagian lagi tergantung dengan geran jalan dan dokumen entah apa. Itu tidak termasuk lagi dengan pelekat-pelekat negeri dan sebagainya.

“Semua orang tahu kenderaan berat mempunyai titik buta yang besar. Agaknya, berapa peratus jarak penglihatan pemandu lori jika sebegitu banyak benda dilekat pada cermin,” katanya.

Tambah pengguna tersebut, terlalu ramai pemandu lori yang memandu dalam keadaan berbahaya. Itu tidak termasuk lagi dengan tindakan sesetengah pemandu yang berani menggunakan telefon bimbit ketika berada di jalan raya.

“Sikap sebeginilah yang kita harus banteras. Budaya pemanduan selamat perlu diterapkan sejak hari pertama mereka (pemandu lori) memilih untuk menjadi ‘pilot darat’.

“Kalau begini, tidak hairanlah ada banyak kemalangan yang melibatkan lori kebelakangan ini,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan pendapat mengguna dan turut berkongsi kerisauan masing-masing terhadap pemanduan sesetengah pemandu lori yang boleh dikatakan membawa bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

“Harap pihak berkuasa dapat buat operasi khas untuk didik pemandu lori supaya tidak meletakkan apa-apa kertas atau pelekat pada cermin hadapan,” kata Yon.

“Takut tengok lori yang banyak pelekat ni,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI