fbpx

Komen negatif makan diri, netizen kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAI SYED dan SHUIB antara dua selebriti yang bertindak menyaman individu gara-gara komen melampau di media sosial.

Dalam pepatah Melayu orang-orang tua dahulu selalu berkata, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Mungkin itu situasi yang boleh digambarkan apabila netizen kini kerap menjadi mangsa saman sivil sesetengah individu. Semuanya gara-gara kata-kata keji dan fitnah pada seseorang terutama di media sosial.

Tidak perlu menyalahkan orang yang menyaman, kerana semuanya bermula daripada diri sendiri yang kononnya begitu lantang dalam mengutarakan pendapat.

Pernahkah kita terfikir akibat hinaan dan fitnah yang melampau terutama melibatkan golo­ngan selebriti, tokoh korporat, ahli politik dan pempengaruh telah menjejaskan reputasi dan kehidupan peribadi mereka.

Dalam kes terbaharu, pendakwah selebriti Da’i Syed nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wanita ke­rana menfitnah dengan melabelkan isterinya keguguran kerana kifarah rogol.

Pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful itu menegaskan, tuduhan tersebut telah mengganggu emosinya dan isteri, Hana Ismail yang baru sahaja mengalami ke­guguran anak pertama.

“Ini merupakan kenyataan salah yang sengaja diada-adakan. Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang dalam kadar yang segera,” kata­nya ketika ditemui pihak media.

Dua wanita yang terlibat dalam kes saman terbabit adalah Nurul Atiqah iaitu merupakan individu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa, selain Ainun Najwa, rakan kepada Atiqah yang didakwa membangkitkan semula kes rogol sebelum ini.

Bagi peguam Muhammad Amin Abdullah, sebagai pengamal undang-undang, beliau berpendapat tindakan saman sivil boleh diambil kepada orang awam atau netizen sekiranya kenyataan yang ditulis atau diungkap adalah fitnah.

“Sudahlah memfitnah dengan merujuk kepada seseorang, dimuat naik pula ke laman sosial seperti Facebook, Twitter, TikTok atau apa-apa sahaja.

“Akibatnya seseorang individu yang difitnah mungkin dibuang kerja, dicemuh oleh keluarga atau jiran tetangga selain mengakibatkan perniagaan seseorang itu terjejas dengan teruk serta me­ngalami kerugian,” katanya.

Tambahnya, bagi mengelak daripada disaman, netizen sendiri perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Jangan kerana inginkan tontonan beratus ribu kita sanggup merosakkan reputasi orang lain yang akhirnya memakan diri sendiri kerana nilai disaman mungkin boleh mencecah jutaan ringgit,” kata peguam itu lagi.

Dalam kes lain, pelawak dan usahawan, Shuib tetap meneruskan tuntutan saman terhadap seorang individu lelaki yang menyebarkan fitnah mengaitkannya dengan Freemason.

Menurut Shuib, dia bersedia ‘turun naik’ mahkamah demi mendapatkan keadilan berdepan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya serta Allahyarham isteri, Siti Sarah Raissuddin.

Pendek kata, penulis boleh simpulkan sebagai netizen kita sendiri perlu mempunyai tanggungjawab.

Memberi memberi komen atau pendapat tidak salah malah dialu-alukan kerana setiap pendapat itu mungkin dibaca dan pada masa komen positif mampu mambina kendiri.

Komen boleh tapi jangan sampai memfitnah dan menghina sehingga mendatangkan aib yang akhirnya anda menjadi mangsa saman!.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI