fbpx

Kejayaan Sepanyol, Barcelona julang Bonmati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONMATI berjaya kejuaraan Liga Juara-Juara selain menjulang Piala Dunia untuk dinobatkan sebagai pemain wanita terbaik. - AFP

MONACO – Penerima Anugerah Pemain Terbaik Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kategori wanita, Aitana Bonmati mendedikasikan kemenangannya kepada rakan sepasukan, Jenni Hermoso yang dipalit kontroversi.

Dalam ucapannya selepas menerima trofi kemenangan, Bonmati menyuarakan sokongan kepada Hermoso selepas pemain itu dicium secara paksa oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales

“Bola sepak Sepanyol sedang melalui detik buruk. Kami memenangi Piala Dunia, namun kami tidak bercakap mengenainya kerana ada perkara lain yang saya tidak boleh abaikan.

“Dalam komuniti ini kami tidak boleh benarkan ini berlaku. Kepada semua wanita yang melalui perkara sama seperti Jenni, kami akan bersama kamu,” katanya.

Walaupun berdepan desakan, Rubiales masih lagi berkeras untuk tidak melepaskan jawatannya dan tidak menghadiri majlis anugerah tersebut kerana sedang menjalani penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antabangsa (FIFA).

Pada saingan tersebut, Bonmati berjaya mendominasi kategori berkenaan apabila meraih 308 mata berbanding pencabar utamanya yang merupakan kapten Australia, Sam Kerr (88 mata) dan tempat ketiga milik seorang lagi pemain Sepanyol, Olga Carmona (72 mata).

Bonmati merupakan penggempur sensasi yang berjaya membantu Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia Wanita bulan lalu selain menjadi tonggak penting Barcelona merangkul gelaran Liga Juara-Juara Wanita menewaskan Wolfsburg.

Sementara itu, Jurulatih England, Sarina Wiegman yang dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Wanita turut menekankan perkara yang sama seperti Bonmati sambil memuji pemain Sepanyol yang pamerkan aksi mengujakan ketika tewaskan England 1-0.

“Pasukan ini (Sepanyol) berhak untuk meraikan kejayaan dan suara mereka patut didengari. Kita semua tahu isu di sekeliling bola sepak Sepanyol dan sebagai jurulatih, ibu kepada dua anak perempuan, isteri dan manusia, perkara ini sesuatu yang menyakitkan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI