fbpx

Isteri tentera johan Battle Of The Bakers empowerNCER Kerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liza Husin (tengah hadapan) merangkul johan tempat pertama pertandingan Battle Of The Bakers empowerNCER Daerah Kerian di Bagan Serai hari ini.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – Isteri kepada seorang tentera, Liza Husin, 31, tidak menyangka dirinya menjadi johan setelah mengalahkan 13 peserta lain dalam pertandingan membuat kek dalam Program Battle Of The Bakers empowerNCER Daerah Kerian hari ini.

Menurutnya, dia menyertai pertandingan itu bagi tujuan untuk mempraktikkan segala ilmu yang didapatinya ketika mengikuti kursus latihan selama tiga bulan dibidang kursus pembuatan roti, bakeri dan pastri bawah anjuran empowerNCER kemahiran dan keusahawanan.

“Kebanyakan peserta ini memiliki latar belakang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih luas dalam pembuatan kek, sedangkan saya hanya baru belajar mengenainya.

“Memang di luar dugaan, kek yang saya hasilkan berlatar corak permukaan warna ceria perpaduan dengan corak bunga kebangsaan dan bendera Malaysia bersaiz kecil sebagai hiasan telah menambat hati para juri yang menjadi hakim pertandingan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis Battle Of The Bakers di Bagan Serai disini hari ini.

Sementara itu, pengusaha kerepek dan lempeyek, Jamaliah Hassan, 43 memenangi tempat kedua manakala ibu tunggal yang juga peniaga kek, Che Zanariah Md Ali, 52 di tempat ketiga.

Wakil NCER Perak, Nur Fareha Zulkefli, 29, berkata, program ini melibatkan peserta empowerNCER kemahiran dan keusahawanan kursus pembuatan, roti, bakeri dan pastri.

Katanya, pertandingan diadakan untuk mendorong semangat peserta yang mengikuti latihan kursus di bidang itu bagi mengembangkan bakat serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari selama tiga bulan dengan empowerNCER. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI