fbpx

Hamilton kekal wakili Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON menandatangani kontrak baharu bersama Mercedes yang menyaksikannya kekal sehingga penghujung musim 2025. – AFP

MONZA, Itali – Pelumba sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menegaskan dia mempunyai ‘urusan yang belum selesai’ dalam perlumbaan itu selepas menandatangani kontrak baharu bersama Mercedes sehingga 2025.

Bagaimanapun, pelumba Britain tersebut mengakui ke­putusannya untuk kekal bersama pasukan berpangkalan di Brackley, England tersebut bukanlah semata-mata untuk membalas dendam berikutan kekalahan kontroversi kejua­raan dunia 2021 kepada Max Verstappen.

Sejak kekalahan tersebut, Verstappen telah mendominasi sukan itu dan pemandu Red Bull itu sedang berada di landasan terbaik untuk menjulang gelaran dunia ketiga berturut-turut, manakala Hamilton te­rus dihimpit kekecewaan tanpa kemenangan.

Biarpun Hamilton dilihat tidak mampu melupakan kontroversi tersebut, tetapi dia mendedahkan bahawa perjanjian baharunya bersama Mercedes adalah tertumpu kepada masa depan dan bukanlah me­ratapi kekecewaan lalu.

“Mengenai 2021, saya sebenarnya bukan seorang yang suka membalas dendam dan ia juga bukanlah soal ‘merampas’ semula. Itu adalah masa lalu. Tiada apa yang boleh kita lakukan tentang masa lalu.

“Tetapi, apa yang boleh kami lakukan adalah bekerja lebih baik ke hadapan dan saya benar-benar percaya kami boleh memenangi lebih banyak kejuaraan dunia dan kemenangan bersama-sama. Jadi, tumpuan ke arah itu,” kata Hamilton.

Biarpun menghadapi kesukaran dalam dua musim lalu, Hamilton yang telah menyaksikan jatuh bangun pasukannya itu percaya bahawa Mercedes boleh kembali ke hadapan.

“Kami telah menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah dan menjadi pasukan terbaik dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Sekiranya kami tidak mencapai keputusan terbaik musim ini kami akan terus berusaha melaluinya untuk memburu kejayaan,” tambah­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI