fbpx

Gagal memotong punca nahas ragut nyawa tiga rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut nyawa tiga rakan dalam kejadian nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 50 Lebuh Raya Senai-Desaru menghala ke Bandar Penawar, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Gagal memotong dipercayai menjadi punca nahas yang meragut tiga nyawa pelajar kolej di Kilometer 50 Lebuh Raya Senai-Desaru petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kemalangan itu pada pukul 2.15 petang.

Katanya, kejadian melibatkan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun bersama tiga orang penumpang dengan dengan dua buah kereta jenis Volkswagen Beetle dan Toyota Innova.

Menurutnya, Volkswagen Beetle dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun bersama dua orang penumpang manakala dan Toyota Innova dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun bersama tiga orang penumpang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza dalam perjalanan dari arah Desaru menuju ke arah Senai cuba untuk memotong kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan Volkswagen Beetle dan Toyota Innova.

“Pemandu Volkswagen Beetle sempat mengelak dan bergesel dengan Perodua Bezza. Manakala Toyota Innova berlanggar secara depan dengan depan dengan Perodua Bezza.

“Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu Perodua Bezza bersama dua orang penumpang berusia lingkuan 19 tahun merupakan pelajar kolej tempatan di Batu Pahat telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang penumpang belakang kereta itu dirawat di zon merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabitkan kesalahan penjara minimum 5 tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 juga hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang 5 tahun.

“Polis IPD Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalanraya,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI