fbpx

Enam beranak maut dikebumi satu kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDURRAHMAN ditenangkan bapa saudaranya Mohamed Khairul Noor Mohamed, 54, pada pengebumian enam ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Limbong, Muar, Johor.

MUAR – Jenazah enam beranak yang maut dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan termasuk sebuah lori di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam selamat dikebumikan dalam satu kubur di sini, hari ini.

Jenazah Amir Ruddin Ismail, 46; isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43; dan empat anak mereka, Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dikebumikan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah Parit Limbong.

Terdahulu, anak sulung keluarga itu, Abdurrahman Amir Ruddin, 19, mengimamkan solat jenazah di Masjid Ubudiah yang dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Pagi tadi Kosmo! melaporkan enam sekeluarga terkorban dalam kemalangan menyayat hati membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, nahas berlaku pada pukul 6.37 petang itu meragut nyawa pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46 serta lima lagi ahli keluarganya.

Katanya, siasatan awal dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HR-V yang sedang bergerak dari arah Kuantan menghala ke arah Segamat telah memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja-kerja pembaikan jalan raya.

“Tiba-tiba sebuah treler yang membawa muatan pasir yang sedang bergerak dari arah yang sama gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang Honda HR-V terbabit dan sebuah Proton Wira yang sedang berhenti.

“Honda HR-V terbabit yang dilanggar lori pasir berkenaan dan ia turut melanggar sebuah kereta Proton Wira sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh Perodua Alza yang dinaiki enam mangsa maut itu,” katanya.

Katanya, seorang lagi mangsa yang juga penumpang kereta Perodua Alza, Abdullah Amir Ruddin, 15, dan pemandu lori sedang dirawat di Hospital Segamat akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan badan.

Tambahnya, pemandu serta penumpang Honda HR-V, Proton Wira dan Perodua Bezza bagaimanapun terselamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI