fbpx

Aedy Ashraf nafi ‘punca’ puisi patah hati Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEDY menafikan pernah ada hubungan romantik dengan Daiyan, sekali gus membuktikan dakwaan netizen bahawa dirinya jejaka yang dimaksudkan dalam puisi patah hati Daiyan Trisha.

PETALING JAYA – “Kami tidak pernah mempunyai hubungan secara romantik dan tidak lebih daripada kawan.”

Itu respons pelakon Aedy Ashraf apabila namanya dikaitkan dengan puisi patah hati pelakon Daiyan Trisha.

Aedy atau nama asalnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi menafikan pernah mempunyai hubungan istimewa dengan pelantun lagu Penat itu.

“Banyak spekulasi mengenai saya kebelakangan ini dan sekarang saya di sini ingin menjelaskan perkara sebenar.

“Spekulasi tentang seorang rakan dalam bukunya yang didakwa melibatkan saya, itu tidak benar,” ujar aktor berusia 29 tahun itu menerusi satu muatnaik Instagram.

Terdahulu, penulisan puisi patah Daiyan mencetuskan teka-teki mengenai siapa jejaka yang dikatakan telah menghancurkan hatinya.

Memetik laporan Kosmo! Online, Daiyan menjelaskan setiap penulisan puisinya adalah rangkuman rasa yang dilalui berkaitan kehidupannya termasuk tentang hubungan cinta dan kekecewaan dilalui sejak tahun 2018 sehingga 2022.

“Semua itu (mengaitkan nama Aedy) hanya spekulasi mereka (netizen) sendiri sedangkan buku puisi tersebut tidak dikeluarkan lagi pun.

“Jika netizen nak buat fahaman sendiri, itu hak mereka sebab semua puisi yang ditulis adalah mengenai apa yang saya rasa dan lalui,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada acara Viu Lokal Lah bagi mempromosikan drama W: Two Worlds di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, kekasih pelakon Amelia Henderson itu turut meluahkan kekesalan berhubung isu sekeping foto mesra bersama pelakon gandingannya, Ahirine untuk promosi filem terbaharu lakonan mereka, Tebus.

Menurutnya, gambar tersebut tidak mendapat persetujuan pihaknya untuk disiarkan dalam mana-mana platform termasuk bagi tujuan promosi filem berkenaan.

“Sekeping foto kontroversi dari adegan filem yang saya buat.

“Saya tidak pernah mengizinkan foto tersebut dimuat naik dalam mana-mana platform media sosial.

“Saya juga tidak pernah bersetuju bahan seperti ini disiarkan untuk mempromosikan filem,” tambahnya.

Aedy juga tidak menafikan kehebatan filem arahan Jason Chong yang dijayakan dengan sepenuh hati, namun tidak selesa apabila strategi promosi lebih menjurus ke arah sensasi.

“Tidak dinafikan, filem tersebut sangat bagus. Saya letakkan sepenuh tenaga, masa dan usaha untuk memastikan nashkah berkenaan memberi impak buat peminat.

“Saya enggan membiarkan semuanya mati sia-sia untuk aksi publisiti.

“Apa yang dilakukan untuk keluarga dan peminat yang sememangnya datang dari hati,” tuturnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI