fbpx

Warga emas keluar menoreh ditemui meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah ditemui meninggal dunia di kebun getah di Felda Teloi Timur, Sik hari ini.

SIK – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di kawasan kebun getah di Felda Teloi Timur, di sini hari ini.

Mangsa, Abdullah Harun, 73, ditemui anak lelakinya berusia 28 tahun, dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1.49 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Daerah Sik.

“Berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai keluar rumah untuk menoreh getah pada pukul 7 pagi tadi.

“Anak mangsa yang bimbang selepas warga emas itu tidak pulang ke rumah pada pukul 11.45 pagi terus mencarinya dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa menghidap penyakit jantung dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.

“Hasil siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemui di lokasi kejadian manakala hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan serangan jantung,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI