fbpx

Wanita alami dehidrasi ketika mendaki bukit diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung wanita yang mengalami dehidrasi sewaktu mendaki Bukit Harimau Menangis, Kemasik hari ini.

KEMAMAN – Keterujaan seorang wanita menyertai aktiviti pendakian bersama empat ahli keluarganya berubah menjadi detik cemas apabila dia tiba-tiba mengalami dehidrasi di Bukit Harimau Menangis, Kemasik di sini kira-kira pukul 10.40 pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Mohd. Amin Zakaria berkata, sepasukan sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati wanita tersebut tiba-tiba mengalami dehidrasi serta kepenatan sewaktu tiba di checkpoint (stesen hentian) kedua bukit tersebut yang setinggi 150 meter dari aras laut.

“Mangsa  dibawa turun menggunakan pengusung yang masa lebih sejam. Proses menurunkan mangsa agak mencabar kerana trek pendakian agak sempit dan curam. Wanita itu dibawa ke Klinik Kesihatan Kemasik untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI