fbpx

Uniknya Menanti versi Ziya Magnolya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSI baharu disampaikan tanpa kehilangan gubahan khas muzik aslinya, malah Ziva bersyukur mampu menampilkan keunikan tersendiri pada lagu Menanti.

MENYAHUT cabaran membawakan lagu berjudul malar segar Menanti, penyanyi seberang Ziva Magnolya menganggap karya yang pernah dipopularkan Dea Mirella dan Kahitna itu sangat istimewa.

Penyanyi muda yang bernaung bawah syarikat rakaman Universal Music Indonesia itu teruja apabila lagu tersebut diberi nafas baharu untuk dijadikan sebahagian daripada rangkaian projek Yovie & His Friends.

Disaji dalam nuansa baharu dengan versi lebih segar, dan dicampur pula nada harmoni seiring karakter vokal Ziva, Menanti yang berkumandang sejak dua dekad lalu kini terus kekal relevan dengan kisah cinta era sekarang.

“Selalu diisi dengan janji, tetapi pengakhirannya masih sama dengan yang lain apabila kita menunggu dan dibiarkan begitu saja,” kata penyanyi kelahiran Jakarta itu.

Akui Ziya, cabaran paling besar dalam penghasilan Menanti adalah menjadikan karya lama itu kedengaran baharu tanpa memudarkan kualiti sedia ada.

“Bukan mudah kerana lagu ini pernah popular tetapi setelah mencuba sehabis baik, saya jatuh cinta dengan hasilnya,” ungkap pemenang tempat ketiga Indonesian Idol 2020 itu.

Menanti versi baharu unik

Biarpun agak melankolik, susunan melodi Menanti kedengaran megah dengan harmonisasi beragam.

Bagi penyanyi berusia 22 tahun itu, tanpa kehilangan gubahan muzik aslinya, dia bersyukur mampu menampilkan keunikan tersendiri terhadap lagu Menanti dengan versi baharu.

Menurut Ziva, Menanti juga merupakan kesinambungan A+Z The Series yang mengisahkan drama cintanya bersama Arsy Widianto.

Muzik video pula memaparkan cerita yang tergantung dalam muzik video terdahulu,Tak Mungkin daripada kumpulan KIM yang merupakan bahagian pertama daripada A+Z The Series.

Dihasilkan Nocturnal Projects, karya arahan Jessy Sylviani dan Bobby Adrian V tersebut menjalani penggambaran di lokasi sama dengan video muzik Tak Mungkin iaitu di Korea Selatan.

“Konsep, muzik video Menanti sengaja diberi sentuhan visual drama Korea.

“Penutup muzik video yang ‘tergantung’ dalam setiap lagu dari project A+Z The Series dijamin akan membuat penonton tak sabar menanti sambungannya.

“Tambahan pula, mata penonton akan dimanjakan dengan keindahan kota berlatar negara tersebut,” tambah penggiat seni berbakat besar itu.

Ziva yang juga pelakon dan pengacara popular dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai vokal tersendiri hingga membawa tuah kepadanya diundang berduet dengan artis antarabangsa.

Antaranya ialah penyanyi Amerika Syarikat, Jeremy Passion ketika membawakan lagu Brokenhearted, selain meraih pujian pelantun lagu asal Dear No One, Tori Kelly iaitu dendangan disampaikan ketika program Indonesian Idol.

Sepanjang berada dalam lapangan seni suara tiga tahun lalu, Ziva turut meraih pelbagai penghargaan termasuk menerusi Anugerah Muzik Indonesia dan Bandung Music Awards.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI