fbpx

Tugas kapten kobar semangat Dion Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS menggesa rakan sepasukannya untuk memberikan aksi terbaik menjelang dua aksi persahabatan yang dianggap sukar kali ini. - FB FAM

TONGGAK pertahanan skuad Harimau Malaya, Dion Cools mengakui status selaku kapten memberikan semangat tambahan buatnya dalam membantu pasukan tampil lebih positif pada aksi persahabatan antarabangsa akan datang.

Kata Cools, tanggungjawab yang diamanahkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk memimpin pasukan di atas padang bukanlah sesuatu bebanan sebaliknya menguatkan motivasi untuk berikan prestasi lebih baik.

“Apabila saya turun beraksi, sudah pasti saya mahu berikan yang terbaik tidak kira diberikan lilitan kapten atau tidak. Apa yang penting saya dapat membantu pasukan meraih kemenangan.

“Saya sentiasa bangga setiap kali menyarung jersi kebangsaan, tetapi harus diakui amanah selaku ketua pasukan menaikkan lagi semangat dan keyakinan saya untuk kekal positif,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Sementara itu, Cools menyeru rakan sepasukan untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Syria dan China di Chengdu, China, minggu depan.

Pemain kelab Buriram United berkata, dua aksi persahabatan di tempat lawan adalah perlawanan penting menjelang tugas berat pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 pada November ini dan Piala Asia 2023, Januari depan.

“Kami telah mengharungi dua aksi sangat baik pada Jun lepas, tetapi kini tiba masanya untuk kerja lebih serius. Dua perlawanan menentang China dan Syria sangat sukar kerana ranking mereka yang lebih tinggi.

“Saya harap pemain bersedia kerana ia persiapan awal sebelum mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2023 nanti,” kata pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia itu.

Sebagai rekod, skuad negara mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam aksi antarabangsa tahun ini dengan menewaskan Turkmenistan, Hong Kong, Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI