JAKARTA – Tiga lelaki dihukum mati selepas didapati bersalah menyeludup dadah syabu seberat 200 kilogram dari Malaysia ke perairan Aceh, lapor portal berita Prohaba semalam.
Hukuman mati itu diputuskan oleh panel tiga hakim Pengadilan Negeri (PN) Lhoksukon, Aceh Utara pada Isnin lalu.
Tiga lelaki itu ialah penduduk tempatan dikenali sebagai ialah Muhadir, Ridwan Saputra dan Zunuwanis alis Bro dengan masing-masing berusia 30, 37 dan 31 tahun.
Bagaimanapun, pemilik syabu itu, Rajab masih diburu oleh polis manakala seorang lagi lelaki, Hanafiah turut dicari pihak berkuasa.
Ketiga-tiga mereka ditangkap oleh pasukan narkotik polis di tepi pantai Desa Bangka Jaya, daerah Dewantara pada 12 Februari lalu sekitar pukul 8.41 malam (waktu tempatan).
Mereka didakwa menjadi penghantar syabu itu dari Malaysia ke Aceh Utara dengan upah 1 juta rupiah (RM304.48) untuk setiap kilogram dadah itu. – Agensi