SEBERANG PERAI – Sebuah rumah di Jalan Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini musnah dalam satu kebakaran, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 3.47 petang, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Lela Dollah bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dibantu BBP Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar 70 peratus. Kebakaran dapat dikawal dan berjaya dipadamkan pada pukul 4.15 petang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE