fbpx

Hujan lebat di Perlis, Pulau Pinang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca buruk diramal melanda beberapa kawasan di lapan buah negeri sehingga 12 tengah hari.

Menurut hantaran di laman sesawang MetMalaysia, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang akan melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

“Cuaca buruk itu juga dijangka melanda Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah serta Kerian, Perak.

“Di Negeri Sembilan, hujan lebat lebih tertumpu di Port Dickson, Rembau dan Tampin manakala Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya dalam hantaran sama.

Menurut laporan sama, cuaca buruk itu juga diramal berlaku di Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Sarawak. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI