fbpx

Empat misi NIMP 2030 pacu tranformasi perindustrian negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua kiri) bersama, Ahmad Zahid (kiri) dan Tengku Zafrul (kanan) ketika merasmikan NIMP 2030 di Dewan Perdana Menara MITI, di sini, hari ini.- Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) meletakkan empat misi utama sebagai pendekatan untuk memacu transformasi perindustrian dan merealisasikan visi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, misi pertama adalah memajukan ekonomi dengan menggalakkan industri berinovasi dan penghasilan produk lebih canggih, sekali gus meningkatkan daya saing negara dalam pasaran global.

Menurut Anwar, misi kedua pelan itu adalah untuk membina sebuah negara berdaya maju dalam teknologi, inovasi selain meningkatkan produktiviti serta mencipta peluang baru untuk pertumbuhan ekonomi.

“Misi ketiga NIMP 2030 adalah mencapai pelepasan ‘Net Zero’ (sifar bersih). Ia menekankan komitmen untuk menangani perubahan iklim melalui amalan mampan dan inisiatif hijau.

“Misi keempat pula adalah untuk menjaga keselamatan dan keterangkuman ekonomi bertujuan mewujudkan persekitaran yang dapat menjamin keselamatan rantaian bekalan, menyokong perusahaan kecil sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran NIMP 2030 di Menara Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), di sini hari ini.

Turut sama hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Anwar berkata, pelaksanaan misi tersebut akan disokong empat teras utama untuk mengatasi cabaran institusi.

“Ia termasuk menangani cabaran pembiayaan, memupuk pembangunan dan pemerolehan bakat, menambah baik perjalanan pelabur, dan meningkatkan mekanisme tadbir urus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI