fbpx

Dua sahabat dijel setahun, tipu lelaki kes anak angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan memperdaya seorang lelaki berkenaan tawaran untuk mendapatkan anak angkat.-Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Dua rakan dijatuhi hukuman penjara setahun di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memperdaya seorang lelaki berkenaan tawaran untuk mendapatkan anak angkat dalam kejadian di Sendayan, Julai lalu.

Tertuduh, G Gayathree, 32, yang bekerja sebagai freelance caretaker dan Aliyah Begum Selvam, 30, yang bekerja sebagai penghantar makanan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didapati dengan curangnya menipu seorang lelaki berusia 37 tahun bagi mendapatkan wang dengan menawarkan urusan pengambilan anak angkat dengan cara meminta bayaran sehingga tujuh transaksi sebanyak RM7,900 ke dalam akaun bank.

Kesalahan itu dilakukan pada 15 Julai lalu di sebuah rumah di Taman Arah Sendayan.

Oleh itu, kedua-duanya telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama di mana boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan sebat serta denda.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tertuduh dalam rayuan mereka memohon hukuman penjara yang minima, selain mempunyai tanggungan keluarga dan anak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI