fbpx

Dua remaja meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan MPV yang dinaiki empat remaja selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Langkawi, Langkawi pada kelmarin.

LANGKAWI – Dua remaja lelaki berusia 18 tahun yang parah selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Langkawi, di sini kelmarin meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Maliha (HSM) pada malam tadi dan pagi ini.

Kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Fizz Razwail Zainuddin dan Muhammad Haikal Hakim Che Isa masing-masing meninggal dunia pada pukul 10.53 malam tadi dan 8.59 pagi tadi.

Dua mangsa terbabit terlibat kemalangan bersama dua lagi remaja lelaki selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh tiang lampu jalan lalu terbalik kira-kira pukul 7.35 malam, kelmarin.

Dua lagi mangsa termasuk pemandu MPV dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kemalangan berlaku ketika MPV itu dalam perjalanan dari arah Kuah menghala Padang Gaong sebelum hilang kawalan semasa melalui selekoh di Lebuhraya Langkawi.

“Kenderaan itu kemudian melanggar tiang lampu di tengah pembahagi jalan menyebabkan dua mangsa cedera ringan dan dua lagi parah. Kemalangan berlaku dalam keadaan hujan renyai dan jalan basah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua mangsa yang parah masing-masing mengalami pendarahan pada kepala dan luka di tangan kanan serta cedera di bahagian kepala dan luka di kaki kiri.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI